Aku baru sahaja selesai menjawab soalan survey yang diajukan melalui talian telefon.
Mengambil masa hampir 25 minit dan lebih dari 50 soalan yang ditanya.
Aku berasa simpati dengan si tukang tanya kerana dia bertanyakan soalan tanpa henti sepanjang talian dan terpaksa mengulang skala 5 hingga 1 untuk aku tentukan. Pertanyaannya penuh dengan sopan.
Ada sekali tu dia berkata, ''kejap ye cik'', dan aku mendengar dia terbatuk-batuk yang agak teruk dan kembali bertanyakan soalan dan masih dengan nada yang sopan. Aku sangat berbangga kerana masih ada orang-orang yang berdedikasi dan tetap memberikan yang terbaik walau apa jua keadaan kerana rata-rata yang aku perhatikan adalah sebaliknya.
CAYALAH, KAK!!
No comments:
Post a Comment